Sunday, 7 June 2009

Jom Makan di RAK

Persatuan Penangkap-Penangkap Ketam RAK (PPKR) telah mengadakan perbincangan awal pada hari Sabtu 6 June 09 sambil menyambut hari keputeraan rasmi Yang Dipertuan Agong Malaysia di Joraif Mandi di Corniche.

Sambil menikmati juadah mandi chicken dan mutton, mereka telah berbincang mengenai bagaimana nak mempromosikan lagi aktiviti – aktiviti mengetam, mengikan, mengudang dan menyotong di RAK dikalangan masyarakat Malaysia di UAE.

Sebagai langkah awal, PPPKR akan mula mendaftarkan nama mereka-mereka yang berminat untuk dikenalpasti jumlah dan akan disusul dengan persiapan maklumat.


Setelah habis makan PPPKR kemudian bersurai ke Manar Mall untuk minum petang dan kemudianya beriadah ke RAK Bowling.

No comments: